--bce nih..sokongan SUAMI itu PENTINGG!!--

td aku sje google info2 sal BF, n aku terjumpe 1 entry ni daripada 

semoga perkongsian ni leh la kite same2 dpt manfaat kan..
(dalam bahase kasonye suh la inchik2 somi tu hayati ape sbnrnye yg kite nak dr menyusukan ank, bkn ank sape ank si suami jugak kan? lagi pon bnyak manfaatnye, buat si ibu, si anak, n keluarga tu sndri gak)

Saya pernah terbaca alasan seorang wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya adalah kerana ingin menjaga penampilan (aku lak pena berkawan ngn sorg ibu yg xbg langsung ank die mnum susu bdn sbb takut nanti susah bila da msk keje ank xmo susu botol, sedey je aku ase) . Ada yang takut payudara kendur apabila menyusukan anak. Tak kurang juga suami yang bukan saja tidak memberikan sokongan kepada isteri yang bersungguh-sungguh ingin menyusukan anak dengan susu ibu, malah ada juga yang sanggup memberikan kata dua kepada isteri kerana penampilan isteri tidak lagi seperti zaman anak dara. Sokongan suami dan orang-orang yang rapat juga merupakan antara faktor utama kejayaan penyusuan susu ibu selain dari pengetahuan dan informasi yang tepat. (betul, informasi kena ada, n kena tepat,aku ni salah sorg yg xbnyak info sal BF n sbb tu jgak la syamil ank aku tu ade jgak terminum susu formula,sbb maknye jahil n kurang ilmu dalam memBF kan ank...)

Buat para suami, (dengar tu inchik2 somi...isteri2 pon kalo boleh pujuk la somi bc ni smbil2 tu doa bg ati n minda depa terbuka utk izinkan n sokong wife2 depa utk menyusukan zuriat2 korg) ingatlah bahawa Allah telah berfirman bahawa penyusuan susu ibu adalah tanggungjawab ibu bapa. Di mana seorang suami perlu menyediakan keperluan isteri supaya wanita itu dapat menyusukan bayinya sebagai mana yang telah diperintahkan oleh Allah. Walau pun penyusuan susu ibu bukan perkara yang diwajibkan tetapi ia merupakan salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada anak yang dilahirkan. Sehinggakan walau pun sekiranya mereka bercerai, suami iaitu bapa kepada anak itu perlu memberikan ganjaran kepada bekas isteri yang menyusukan anak mereka sehingga umur bayi itu dua tahun. Sekiranya isteri enggan atau isteri meninggal dunia, bapa itu bertanggungjawab mencari seorang ibu susuan bagi melengkapkan keperluan penyusuan sehingga umur anak itu dua tahun.

Walau pun penyusuan dengan ibu susuan adalah perkara yang amat jarang kita dengari pada zaman ini, tetapi perlu diketahui bahawa pilihan yang Allah telah berikan kepada kita semua selepas ibu kandung adalah ibu susuan. dan bukan susu formula. Bagaimana pun saya di sini bukan berniat memperlekehkan atau menyalahkan ibu bapa yang memberikan susu formula kepada anak mereka. Saya hanya sekadar mengingatkan diri saya tentang pilihan yang diberikan kepada saya.(betul2,aku pon ngh menguatkan semangat utk terus menyusukan ank aku tu,semoga melimpah berkat drNyA bila aku menyusukan sndri buah hati kami suami isteri amin)

Kepada semua individu yang telah mendirikan rumah tangga dan juga yang bakal mendirikan rumah tangga. Perlu kita semua ingat bahawa perkahwinan bukan hanya mengenai hubungan s*ksual semata-mata. Manakala fungsi utama payudara wanita bukanlah sebagai daya tarikan s*ksual. Ia adalah untuk penyusuan susu ibu. Oleh itu sedarlah bahawa anak-anak itu wajar diberikan dengan apa yang sepatutnya menjadi haknya. Iaitu susu ibunya.
 (so, perlu diingat,payudara tu ada 2 fungsi ok? jangan nak conquer lak yer??)

Oleh itu, sebagai seorang suami, cintailah isteri anda. Berikanlah sokongan kepada isteri yang bersusah payah dalam usaha memberikan yang terbaik kepada cahaya mata anda berdua. Seorang isteri dan ibu telah memberikan pengorbanan yang besar dalam menjalankan tanggungjawabnya. Bukankah isteri itu bersusah payah membawa kandungan selama sembilan bulan, bertarung dengan maut ketika melahirkan zuriat anda. Oleh itu hargailah ia. Berikanlah sokongan kepada mereka. Sabarlah untuk dua tahun penyusuan.
(ulang suara 2 TAHUN SAHAJA...SABAR k!!!) 

Semua wanita mahukan penampilan yang hebat dan tubuh badan yang menawan untuk dipersembahkan kepada suami yang tercinta. Tetapi dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu mereka mengorbankan seketika cita-cita tersebut. Bagi saya susu ibu mempunyai terlalu banyak kebaikan untuk ditukarkan dengan tubuh badan yang menawan. 

BETUL3...!!
SAYA SOKONG PENYUSUAN SUSU IBU!!

aik...syamil pon sokong????? bagus anak mama!!!


4 comments:

  1. banyak sangat kesalahan tatabahasa ni

    ReplyDelete
  2. suke la entry ni ikin..cant wait to BF my babies... bior la alligment larik sikit jnji babies dpt BF kan?? neway, thankz 4 da info... good job...

    ReplyDelete
  3. tq pcha,sudi membaca...xde yg larik pon...makin mengancam per..heheh

    ReplyDelete