--kajian hape nih????--

 KONONNYE....

UK- Kajian mendapati bahawa kanak-kanak lelaki yang menyusu ibunya sekurang-kurangnya 6 bulan mempunyai otak yang cerdas dalam bidang matematik, kemahiran membaca dan menulis [3M] berbanding kanak-kanak yang minum susu formula, tetapi tidak berkaitan dengan kanak- kanak perempuan.

Kajian tersebut melibatkan kanak- kanak berumur 10 tahun antara kanak-kanak menyusu ibu dan susu formula. Penyelidik dari University of Western Australia’s Telethon Institute for Child Health Research telah melakukan ujian standard ke atas 1038 anak laki-laki dan perempuan yang berumur 10 tahun.
Analisis mengambil kira kelas sosial, taraf pendidikan ibu dan jumlah masa yang dihabiskan untuk anak membaca.
Susu ibu kaya dengan asid lemak amat penting untuk perkembangan sel otak tetapi para penyelidik tidak pasti mengapa ia hanya memberi kesan menguatkan mental untuk anak laki-laki sahaja.
Ini berkemungkinan bahawa otak anak-anak perempuan sudah menerima makanan daripada estrogen hormon seks. Justeru lemak sihat dalam susu ibu adalah khusus untuk meningkatkan otak anak lelaki supaya setara dengan mental anak perempuan.
Susu ibu juga boleh melindungi bayi terhadap obesiti, eczema dan telinga, dada dan jangkitan perut.

Murid-murid perempuan di UK pada umumnya lebih baik pencapaiannya daripada murid-murid lelaki. Namun bagi murid-murid lelaki yang telah menyusu ibu sekurang-kurangnya 6 bulan didapati 9% lebih tinggi pencapain mereka dalam kemahiran 3M berbanding murid-murid yang minum susu formula. Dalam beberapa kes, peningkatan ini cukup besar untuk menutup jurang pencapaian antara murid-murid perempuan dan laki-laki. [sumber:dailymail.co.uk]

Apa yang berlaku ke atas pelajar-pelajar di negara kita juga menunjukkan jurang pencapaian yang amat ketara berdasarkan jantina. Kebanyakan pelajar cemerlang di sekolah-sekolah adalah pelajar perempuan.
Hal ini mungkin disebabkan pada peringkat awal penyusuan bayi, kebanyakan ibu memberikan susu formula yang secara langsung memberikan impak terhadap perkembangan otak kanak-kanak lelaki. Lain pula halnya dengan kanak-kanak perempuan kerana mereka sudah dibekalkan dengan makanan dari estrogen hormon seks ibunya sejak dalam kandungan dan secara langsung perkembangan otak kanak-kanak perempuan mendahului kanak-kanak lelaki.



aku xpercaya langsung ngn "kajian" nih...ape nye? 
pada ibu2 jangan lah percaya ngn "kajian" ni...tetapkan hati "SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK BAYI ANDA SAMADA PEREMPUAN ATAU LELAKI"

p/s:nanti aku tanye ngn bos aku merangkap penasihat penyusuan di opis ni dan juga salah seorang MALAYSIAN BREASTFEEDING PEER COUNSELOR.( br balik kursus;p)

0 menyerang hendap: