--suami mithali--

salam.... yeah alhamdulillah msh sihat,bernafas n masih lagi ceria n bahagia di muka bumi ALLAH ni..hehe...pagi2 aku bukak email dapat la 1 lg ilmu tp bkn utk aku praktikkan tetapi utk aku share ngn suami..n ngn korg sume..hehe..aku suke tajuknye n isi nye pon sempoi sahaj..jom kite same2 menhayatinye...(TERUTAMA inchik MOHD KHAIRUL BIN MAT JAHAK;))
Panduan Suami Baik..

* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik (kan ke sume perbuatan n ape jer bermula ngn niat...so..ape lg berniatla) . Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. (ALHAMDULILLAHHH) Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. (senyum itu penting, kan aura2 positif berkumpul pada senyuman?? org tengok pon seronok,sejuk hati) Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.(isteri pon kena la main peranan kalo wajah si suami masam jer bila die balik keje,ce bg kiss ke kat dahi suami tu...mest die senyum n cair pnyelah!!)

* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. (jangan masa bercinta jer tepi n msj...skang da kawen lg la berbunga hati taw kalo dpat msj n kol dr yg tersayang) Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri (kalo salu gurau mest wife korg akn senyum or gelak manje smbil kata ala abg ni...(ala2 gedik;p)

* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.(taw xpe..br la xboring perjalanan tu...)

* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.(betol2...jangan MENGUMPAT plak yer...borak la hal perkembangan ank2 ker,masa depan ke...br la mesra je rase)

renung2kan n selamat beramal;)

p/s:
aku ase kalo inchik MOHD KHAIRUL MAT JAHAK bc ni mest die tnye panduan utk isteri yg baik xde ker? kn mula mencari nih sebelum die tnye..hehehhe.....

0 menyerang hendap: